
Tarikh Keputusan SPM 2014 Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pada 3 Mac 2015 iaitu dua minggu lebih awal daripada jadual sebelum ini, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, tarikh baharu itu diputuskan Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pelajar mendaftar dan menamatkan kursus pengajian pra universiti, asasi dan matrikulasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.
Menurut beliau, keputusan tersebut diambil setelah mempertimbangkan bahawa SPM adalah peperiksaan nasional yang mempunyai aspirasi nasional yang mempengaruhi polisi dan peraturan kerajaan.
Loading...
No Responses to “Tarikh Keputusan SPM 2014 Diumumkan”