Saya berusia 27 tahun tetapi mengapa lutut saya sering sakit? Ada rakan memberitahu saya mungkin kekurangan cecair dalam kepala lutut kerana kerap beronani. Apakah ini ada kebenarannya?
Jawapan:
KESAKITAN lutut yang saudara alami bukanlah disebabkan onani. Ini adalah kerana onani tidak menyebabkan kekurangan cecair pada lutut. Malah ia tidak akan menimbulkan sebarang kesan sistemik yang sering diperkatakan seperti masalah kabur penglihatan, buta, kekurangan protein dalam badan, mati pucuk malah sakit mental.
Onani hanya akan memudaratkan apabila seseorang itu melakukannya hingga menjejaskan tumpuan kepada perkara lain. Bagaimanapun, kekerapan onani boleh menjejaskan kesuburan seseorang kerana jumlah sperma akan berkurangan dalam setiap pancutan air mani jika ia berlaku secara berulang-ulang.
Onani yang dilakukan dengan tergesa-gesa juga boleh menimbulkan masalah ejakulasi pra matang. Saudara juga tidak digalakkan melakukan onani kering (dry masturbation) dan juga dengan mengunakan bahan fabrik seperti kain atau bantal.
Ini adalah kerana ia bukan saja menyebabkan abrasi atau luka pada kulit zakar, malah menyebabkan zakar menjadi sensitif. Ini juga akan menimbulkan masalah kepuasan apabila saudara berumahtangga nanti kerana alat kelamin wanita adalah rongga basah.
Saya nasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedic mengenai masalah lutut saudara. Jika saudara aktif dalam sukan kemungkinan besar ia berpunca dari kecederaan ligamen atau meniscus. Kekurangan cecair pada lutut lazimnya hanya berlaku apabila seseorang itu sudah berusia.
Oleh Dr Zulkifli
4 Responses to “Sakit Lutut Akibat Kerap Beronani?”
April 19, 2012
zilasaya wanita berumur 25 thn, juga mempunyai masalah sakit lutut sejak awal thun ini. saya belum berkahwin, tidak mengamalkan hidup bebas. saya juga tidak aktif bersukan. saya tidak boleh bersila lebih 10minit
[Reply]
October 24, 2014
amirTerima atas perkongsian.nasib baik saya tak suka onani 🙂
[Reply]
August 13, 2016
unknowndoktor boleh email nombor doktor kepada saya
[Reply]
March 26, 2017
Nurul anvarSakit lutut apa bila lipat kan kaki lebih lama..rasa macm tertarik urat je..
Begitu juga alat badan yg lain
Apakah cara untuk menguatkan lutut saya kembali
[Reply]