Resesi Kek Pisang
Bahan-bahan:
1 ½ cawan tepung gandum, ayak bersama 1 sudu baking powder.
½ cawan gula kastor.
2 biji telur.
2 biji pisang masak dilecek/dikisar atau ½ cawan pisang lecek/kisar.
2 sudu teh minyak jagung.
1 ½ sudu teh susu
Cara penyediaan:
Panaskan kukusan.
Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat. Masukkan minyak jagung, susu dan pisang. Kacau atau putar hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi. Kacau perlahan-lahan hingga adunan menjadi sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau marjerin. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Uji dengan cucukan lidi untuk memastikan kek masak.
Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang.
Sedia untuk dihidangkan
Perhatian
Anda dinasihatkan tidak membuka penutup kukusan semasa memasak (anggaran 15 minit) untuk mengelak kek dari bantat.
2 Responses to “Resepi Kek Pisang”
April 6, 2011
siti maswati mansurhi
[Reply]
May 7, 2011
lailabaking powder tuh 1 sudu apa???sudu makan ke sudu teh???
[Reply]