Logo

Navigation
  • Home
  • Agama
  • Isu semasa
  • Kesihatan
  • Perkahwinan
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Resepi
  • Dunia

Hantaran Untuk Majlis Pertunangan

By Berita Terkini | 5 Comments
Perkahwinan
hantaran tunang
Hantaran Tunang
  • 99%
1000 99%

Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.

Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb

Galeri Kad Kahwin

Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!

Sumber: http://setelkahwin.com

Artikel berkaitan:

  1. Keunikan Adat Melayu Dalam Majlis Perkahwinan
  2. Perbezaan Antara Mas Kahwin Dan Hantaran
  3. Hantaran Perkahwinan Tanda Cinta
  4. Izara Aishah dan Adib Khalid Bertunang
Loading...
Share this story:
  • tweet

5 Responses to “Hantaran Untuk Majlis Pertunangan”

  1. September 4, 2011

    isa ipoh

    boleh ke bg 8 dulang ke pihak perempuan? selalunye bkn 7 dulang ke?

    [Reply]

  2. November 7, 2011

    ida liana

    tanya…. biasa lelaki hantaran duet berapa yg muka cantik untuk bertunang bukan? perkahwian je?

    [Reply]

    kent Reply:
    July 2nd, 2018 at 7:50 am

    akhlak cantik x?
    tapi ni mesti dh kawin kan…

    [Reply]

    AHLI GHAIB Reply:
    July 25th, 2018 at 2:20 pm

    WHAT THE HECK

    [Reply]

  3. March 24, 2017

    How to Plan A Malay Wedding Without Hurting Your Bank Account ? - Online Shopping Blog by ezbuy Malaysia

    […] Source […]

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*
*

Click to cancel reply
Loading...

VISITOR

homefamilysite