Logo

Navigation
  • Home
  • Agama
  • Isu semasa
  • Kesihatan
  • Perkahwinan
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Resepi
  • Dunia

Isteri Tunku Mahkota Johor Selamat Melahirkan Puteri Sulung

By Berita Terkini | 0 Comment
Uncategorized
TMJ

Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, hari ini selamat melahirkan puteri sulung di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru.

Kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Jumaah Majlis Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah S.W.T dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja HSA,” katanya.

Abdul Rahim berkata Che’ Puan Khaleeda dan paduka puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers turut memuat naik catatan merafak syukur kepada Allah S.W.T dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail dan isteri baginda.

Laman berkenaan turut berkongsikan gambar Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda bersama paduka puteri selain turut menerima ucapan tahniah daripada netizen.

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.

Artikel berkaitan:

  1. Tunku Mahkota Johor Berkahwin 8 November Ini
  2. YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim Mangkat
  3. TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Akan Lakukan Perubahan
  4. Kembara Mahkota Johor 2013 KMJ Bermula
Loading...
Share this story:
  • tweet

Comments are closed.
Loading...

VISITOR

homefamilysite