Logo

Navigation
  • Home
  • Agama
  • Isu semasa
  • Kesihatan
  • Perkahwinan
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Resepi
  • Dunia

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 PTD

By Berita Terkini | 0 Comment
Pendidikan
soalan peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik m41

Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 PTD yang bakal dijalankan pada penghujung Oktober 2014 nanti mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPA.

Persediaan awal mestilah dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 . Untuk memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah contoh soalan peperiksaanPeperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 .

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK – PTD M41

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa : 45 minit
Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Soalan : 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan

Aspek yang diukur ialah:

i. Kemahiran memindahkan maklumat;
ii. Kefahaman; dan
iii. Kemahiran tatabahasa dan kosa-kata

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah.

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Exam PTD M41

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan am.

1. Agama Islam mula berkembang di Melaka pada

A. Awal abad ke-14
B. Awal abad ke-15
C. Penghujung abad ke-13
D. Penghujung abad ke-14
Jawapan : B

2. Berikut ialah faktor-faktor yang menjadi sebab Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15, kecuali

A. Dapat perlindungan dan hubungan diplomatik dengan negeri China
B. Kedudukan strategik dan tumpuan ramai pedagang asing terhadap Melaka
C. Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
D. Sumber bahan mentah yang kaya di Melaka
Jawapan : C

3. Penduduk India berhijrah ke Tanah Melayu kerana

A. Bencana alam kerap melanda India
B. Hidup susah di India
C. Mendapat sokongan penjajah British
D. Mendapati banyak peluang pekerjaan di Tanah Melayu
Jawapan : C

4. Orang Belanda merebut kuasa pemerintahan di Tanah Melayu dari Portugis kerana

A. Mengawal pengaruh British di Negeri-Negeri Selat
B. Menguasai ekonomi dan perdagangan
C. Mengusir orang Portugis dari Tanah Melayu
D. Menyebarkan ideologi dan agama Belanda
Jawapan : B

5. Di antara berikut, yang manakah tarikh penjajahan British di Tanah Melayu berikut adalah salah?

A. Perjanjian Pangkor dimeterai (1874)
B. Penubuhan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (1909)
C. Penubuhan negeri-negeri Melayu bersekutu (1896)
D. Pembentukan negeri-negeri Selat berdasarkan Perjanjian dengan Belanda (1824)
Jawapan : D

Contoh soalan Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

1. Untuk perjalanan dari tempat P ke tempat Q, kita boleh gunakan bas, bot atau kapal terbang. Ini sama dengan perjalanan dari tempat Q ke tempat R. Berapakah cara yang boleh digunakan untuk perjalanan dari tempat P ke tempat R, melalui Q?
A. 3
B. 6
C. 9
D. 12
Jawapan : C

Artikel berkaitan:

  1. Dapatkan Contoh Kerja Kursus Add Math 2013
  2. Contoh Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016 Beserta Skema Jawapan
  3. Download Koleksi Soalan Percubaan SPM 2012 Mengikut Negeri
  4. Contoh Soalan Speaking Test MUET Sesi November 2014
Loading...
Share this story:
  • tweet

No Responses to “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 PTD”

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*
*

Click to cancel reply
Loading...

VISITOR

homefamilysite