Logo

Navigation
  • Home
  • Agama
  • Isu semasa
  • Kesihatan
  • Perkahwinan
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Resepi
  • Dunia

Cinta Bertopengkan Cinta

By Berita Terkini | 0 Comment
Cinta
Rate this post

Sebut tentang CINTA, semua mahu tunjuk bahawa dia pakar cinta, dewa cinta, Dewi Cinta, Doktor Cinta hatta seorang budak sekolah sekalipun begitu petah bila berbicara falsafah cinta.

Falsafah cinta suci yang didefinisikan mengikut gerak hati sendiri, melalui tafsiran terhadap fenomena cinta di sekeliling mereka, menterjemah adegan dan plot cinta yang terpapar di layar cerita.

Cinta menjadi fenomena.

Seolah-olah hidup hanya bertunjangkan cinta kepada manusia. Seolah hidup akan mati tanpa cinta seorang lelaki, tanpa cinta seorang wanita.

Tengok sahaja di wall Facebook, di status Twitter, di entri blog betapa cinta menjadi bahan utama untuk diperkatakan.

Meluahkan rindu dendam, melafazkan kata pujangga, mendamba pujuk rayu sehinggalah perbalahan dan sengketa kerana cinta, semua terpampang untuk tatapan umum.

Kisah cinta dicanang merata, foto dan gambar romantik ditayang dengan bangga. Kononnya agar doa restu rakan dan sahabat akan mengiringi. Padahal wali dan penjaga langsung tak tahu menahu.

Itu cinta murahan, tiada harga.
Cinta yang melambak di lorong sepi, di tepi longkang, di dalam semak, di dalam jamban.

Setegas mana pun kita mempertahankan cinta sebegitu, tak merubah hakikat bahawa kita sebenarnya yang mencemarkan kesucian sebuah CINTA sehingga menjadi kotor dan berdebu.

Biarpun pujian melambung bahawa kita pasangan serasi, romantis dan paling sweet di dunia dilontarkan pada setiap gambar yang diupload, tetap tak merubah realiti Cinta sebegitu hanya layak buat mereka yang samar akan makna cinta.

CINTA SEBEGITU TIDAK HALAL BUAT KITA.
CINTA SEBEGITU TIDAK PERLU DIAGUNGKAN
CINTA SEBEGITU TIDAK LAYAK DINAMAKAN CINTA

ITU CINTA BERTOPENGKAN CINTA.
Hanya indah pada luaran, hakikatnya tidak memberi ketenangan.

Jika keluar berdating bersama itu dikatakan cinta, anda salah.
Jika berpegangan tangan berjalan seiringan itu dinamakan cinta, anda silap.
Jika berbual mesra mendayu-dayu itu cinta, anda keliru.
Jika bergambar romantik berdua-duaan sebegitu adalah cinta, anda berdusta.
Jika berasmara dan menyerahkan raga itu ditafsirkan cinta, anda pengkhianat cinta.

Jadi apakah cinta? bagaimana baru dinamakan cinta?

Bila kamu menyayangi seseorang yang HALAL buat kita, sanggup bersama-sama saat susah dan senang, dan berusaha membawa orang yang kita sayangi itu ke Syurga bersama-sama kita…
saat itu, baru dinamakan CINTA.

Teorinya mudah, jika apa yang kita lakukan itu tidak membawa kita kepada keredhaan Allah, itu bukan Cinta.

Jika jalan yang membawa kepada cinta itu juga jalan kemurkaan-Nya, itu bukan Cinta.

Saat sah ijab dan kabul, itulah detik permulaan sebuah cerita cinta…
CINTA yang HALAL… insya-Allah.

Artikel berkaitan:

  1. Perbezaan Suka Dan Cinta
  2. 8 Fakta Menarik Tentang Cinta
  3. Cinta
  4. Menangani Masalah Putus Cinta
Loading...

No Responses to “Cinta Bertopengkan Cinta”

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*
*

Click to cancel reply
Loading...

VISITOR

homefamilysite