Kita biasa mungkin biasa mendengar tentang Mertua vs Menantu, Mertua yang jahat tapi pernah tak kita fikirkan apakah cabaran menjadi mertua pada hari ini ? Penelitian ini adalah secara keseluruhan, tergantung nasib mertua untuk menghadapi cabaran yang sedikit atau lebih teruk daripada yang dinyatakan di bawah.
Pilih Menantu
Bagi yang telah mempunyai anak yang dewasa, mertua kian gelisah memilih menantu. Pilih punya pilih, .takut-takut terpilih HANTU. Kesian pula kat anak kesayangannya. Perlu pilih yang mertua berkenan atau pilihan anak yang diutamakan. Buntu juga bila difikir-fikirkan.
Hantaran yang tinggi
Wah, hantaran untuk kawin sekarang bukan semudah dulu, kalau tiada RM5000 dan ke atas jangan bermimpi nak dapat menantu. Itu belum kira kendurinya, pakaian, kelengkapan bilik pengantin, juru solek, kos perjalanan, sewa pelamin, sewa dewan dan pelbagai lagi kos sampingan yang kian bertambah harganya saban tahun. Kalau nak diharapkan simpanan anak, tak tahulah bila cukupnya. Continue reading
