Tag Archives: cara elak mengandung

Kaedah-kaedah Mencegah Kehamilan

Jenis-jenis Kontraseptif
Kontraseptif merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengelak dari menjadi hamil. Sekiranya anda ingin merancang keluarga, adalah penting untuk anda mengetahui pelbagai jenis kaedah kontraseptif terkini yang ada untuk memastikan yang mana satu paling sesuai untuk anda.

Kontraseptif pada umumnya efektif untuk mencegah kehamilan tetapi ia juga mempunyai kadar kegagalannya yang tersendiri. Ia juga tidak dapat mencegah dari terkena jangkitan jangkitan kelamin.

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan dan dalam masa yang sama anda mengalami tanda-tanda kehamilan, pastikan ada membuat ujian air kencing untuk mengesahkan anda tidak hamil. Di bawah adalah secara ringkas penjelasan untuk setiap kaedah kontaseptif yang ada di pasaran Malaysia. Continue reading

Waktu Kesuburan Wanita

Mengetahui waktu kesuburan wanita adalah penting. Dua sebab utama kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita adalah untuk memudahkan mendapat zuriat dan juga  untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu yang dikongsikan ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Fahami Kitaran Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari.Walaubagaimanapun  wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini. Continue reading