ELEMEN mudah, ringkas, praktikal antara pendekatan yang paling penting untuk penataan sempurna hiasan dalaman kediaman anda.
Ia juga perlu sesuai dengan gaya hidup, cita rasa anda seisi keluarga atau sentuhan yang memberikan keselesaan kepada sesiapa saja.
Bagaimanapun, ramai di kalangan kita mengambil mudah aspek menghias kediaman masing-masing.
Ada yang hanya menitik beratkan susunan perabot dan langsir semata-mata.
Kunci utama dalam melakukan tata hias dan pengubahsuaian sebenarnya membabitkan pemilihan warna cat dan jenis lampu bagi menyerlah lagi ruangan dalaman.
Pemilihan warna yang bersesuaian dengan ruang rumah anda perlulah diutamakan terlebih dulu. Warna bukan saja menyerlahkan ruang dalaman malah dapat menghasilkan persekitaran yang ceria, kreatif dan penuh ketenangan.
Ia bukan saja menggambarkan personaliti pemilik malah mampu menambahkan nilai estetika sesebuah kediaman.
Penggunaan warna terang memberikan impak besar dengan menampakkan ruang dalam rumah anda lebih luas. Hindari penggunaan warna gelap seperti hitam, kelabu dan merah hati kerana ia menjadikan sesuatu ruang kelihatan lebih kecil.
Namun setiap warna memiliki kuasa dalam mempengaruhi gaya hidup seseorang dan melengkapi sebahagian konsep pilihan.
Umpamanya bilik anak perempuan, warna merah jambu amat digalakkan kerana ia sentiasa mencetuskan suasana ceria. Warna biru atau hijau pula sesuai digunakan untuk bilik anak lelaki. Ia mampu mengurangkan tekanan dan menjadikan seseorang itu lebih fokus.
Sementara dinding utama pula, pilihan warna gelap seperti hitam atau merah sesuai sebagai latar belakang dinding utama anda dan bahagian lain pula boleh dicat menggunakan warna semula jadi atau lebih cair.
Dinding utama juga dikenali sebagai sudut pertama pandangan mata setiap kali seseorang masuk ke kawasan berkenaan. Ia turut berfungsi sebagai latar belakang kepada persekitaran ruang dalaman kediaman anda.
Penggunaan kertas dinding berkualiti mampu bertahan lama dan tidak mudah pudar selain mengubah visual pandangan biasa sebelum ini. Anda perlu menentukan kemasan dinding utama yang sesuai dan menggunakan warna yang lebih gelap.
Tidak salah memilih warna kegemaran anda jika ia menjadikan rumah nampak lebih berseri. Gunakan konsep dua rona, satu warna gelap dan satu warna lebih cair yang boleh dipadankan mengikut aliran semasa.
Anda hanya perlu mengikut lapan langkah mudah dalam menghasilkan idea kreatif menghias rumah. Panduan itu merangkumi gaya hiasan, skima warna, dinding utama, pilih perabot yang sesuai, pencahayaan, kemasan, aksesori hiasan dan sentuhan akhir seperti penggunaan bunga-bungaan segar serta lilin.
Perkara asas yang harus ditekankan setiap pemilik kediaman adalah menentukan gaya hiasan dengan mengambil kira corak kehidupan anda seisi keluarga.
Kini pelbagai pilihan aliran menghias rumah bermula dari klasik moden, padan dan suai, gaya asas, Inggeris hingga kontemporari. Semuanya terpulang kepada cita rasa anda dalam mewujudkan suasana selesa di kediaman masing-masing. Bagi mengelakkan pembaziran, anda perlu membeli mengikut gaya yang dikehendaki.
Jika sebelum ini gaya klasik moden lebih menekankan penggunaan warna hitam dan putih, tidak salah untuk mengubah kelainan asalkan anda selesa. Bagi pemilik kediaman yang gemarkan konsep itu, pemilihan cat lebih bertumpu kepada warna ungu dan oren di samping penggunaan lampu kristal berupaya menampakkan lagi ciri-ciri kemewahan.
Seelok-eloknya setiap ruang di dalam rumah menggunakan satu gaya hiasan dalaman tetapi ruang yang bersambung lebih baik menekankan konsep yang sama. Berbeza dengan bilik tidur, gaya hiasan yang berbeza boleh diketengahkan khususnya aura romantik dan harmoni.
Seterusnya pemidang bukan lagi berfungsi sekadar pemisah malah mampu membangkitkan seri dan keindahan ruang.

saya nak mintak pandangan saya nak cat ruang utama rumah flat tapi saya tak tahu warna ape yang sesuai untuk saya guna kan untuk nampak ruang lebih besar dan terang.
[Reply]
saya mau cat dalam dan luar rumah yang elegant
[Reply]
Helo..Saya nak mintak pandangan, disebabkan rumah saya baru renovate, saya ingin menghias bilik tidur saya dengan warna yang ceria. Dan saya ingin mengunakan teknik striped wall yg mnggunakan 2 warna. Warna ape yang lebih serasi dan mengikut kehendak saya? Mohon jawab segera.
[Reply]
admin Reply:
April 11th, 2013 at 3:49 am
Helo..boleh pergi laman web ini bit.ly/17rkllC . Ada 77 panduan dekorasi untuk kediaman anda bertambak cantik.
[Reply]