SAYA berumur 22 tahun dan bekerja di syarikat telekomunikasi terkemuka. Saya sering diganggu teman sekerja, F. Dia sering datang ke tempat saya dan bergurau secara luar biasa.
Antaranya, F sering meraba payudara saya. Sungguhpun lelaki dengan lelaki, apabila diperlakukan sedemikian, saya timbul rasa ghairah.
Namun, saya kurang selesa dengan tindakannya dan mula berasa serba salah.
Sebenarnya, saya mempunyai teman wanita. Adakah ‘nikmat’ apabila disentuh rakan lelaki sesuatu yang normal atau sudah terpesong?
SYED
Kajang, Selangor
Terlalu asyik dibuai perasaan ghairah dengan tindakan rakan kerap meraba payudara saudara seharusnya dihentikan segera.
Bermula dengan menegur sikapnya dan berasa malu dengan tindakannya yang kurang sopan antara yang perlu saudara lakukan supaya tidak terus hanyut dengan gurauan sedemikian.
Seawal menyedari dirinya lelaki dan tidak harus tunduk dengan sebarang perasaan ghairah terhadap golongan sejenis akan membuat saudara lebih berwaspada.
Sebaik-baiknya, saudara nyatakan kepada rakan bahawa gurauannya adalah keterlaluan dan dia perlu sedar batasan.
Tindakan teman saudara seperti meraba payudara meskipun saudara lelaki, ia tetap kurang sopan.
Nyatakan dengan jelas dan tegas, saudara kurang senang dengan tindakannya dan jika dia masih mengulanginya, saudara terpaksa menjarakkan diri kerana dia tidak menghormati sensitiviti saudara.
Seandainya dia terus mengulangi gurauan kasarnya itu, elak bertemu dengannya supaya dia memahami tindakan saudara menasihatinya itu perkara serius.





huh..bahaya ni..pegang je rasa ghairah..
titan recently posted..Dua hari terakhir..
[Reply]
tu la pasal titan…..sesilap hubungan sejenis akan berlaku….
hindari dari gejala ini….laknatullah.
[Reply]