Logo

Navigation
  • Home
  • Agama
  • Isu semasa
  • Kesihatan
  • Perkahwinan
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Resepi
  • Dunia

Babi Hutan Masuk Masjid Sungai Pelong Sungai Buloh

By Berita Terkini | 0 Comment
Isu semasa
babi hutan masuk masjid

BABI HUTAN MASUK MASJID SG PLONG SUNGAI BULOH

Susulan kejadian babi hutan memasuki Masjid Sungai Pelong Sungai Buloh dan Kenyataan rasmi bagi Pihak Masjid.

Saya mewakili Tuan Nazir dan Pegawai2 Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba’diah maghrib, masjid kami telah ‘dikunjungi’ oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid, mengejar jamaah dan kanak2 diluar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya..

terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.

Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yg berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..

setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal..

Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah..

Pihak Balai Polis Sg Plong juga dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan…

Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid..

Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama2 berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin..

Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..

Sekian

Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin
Imam 1

Artikel berkaitan:

  1. Imam Masjid Negara Kena Tampar Lelaki Arab
  2. Gempar ! Kebakaran hutan Di Ukay Perdana
  3. Gempar! Air Sungai Bertukar Wana Merah Din Indonesia
  4. Dua beranak Ditemui Selepas 40 Tahun Berada di Hutan
Loading...
Share this story:
  • tweet

No Responses to “Babi Hutan Masuk Masjid Sungai Pelong Sungai Buloh”

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*
*

Click to cancel reply
Loading...

VISITOR

homefamilysite