Logo

Navigation
  • Home
  • Agama
  • Isu semasa
  • Kesihatan
  • Perkahwinan
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Resepi
  • Dunia

Awas ! Bahaya Jika Ketagih Bermain Candy Crush

By Berita Terkini | 0 Comment
Hiburan Internet Kesihatan
candy crush

Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush.

Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush.

“Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain.

“Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur,” katanya.

Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut.

“Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.

“Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu,” ujarnya.

Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar.

Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Menurut pencipta permainan itu, King.com, wanita berusia 25 tahun hingga 55 tahun didapati menjadi pemain setia Candy Crush. – AGENSI

Sumber: http://www.utusan.com.my

Artikel berkaitan:

  1. Awas !! Bahaya Mencabut Bulu Hidung
  2. Bahaya Tidur Dengan Memakai Coli Dan Seluar Dalam
  3. Kesan Bahaya Kepada Seseorang Jika Banyak Melakukan Dosa
  4. Hukum Bermain No 4d Adalah Haram
Loading...
Share this story:
  • tweet

No Responses to “Awas ! Bahaya Jika Ketagih Bermain Candy Crush”

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*
*

Click to cancel reply
Loading...

VISITOR

homefamilysite